ALOR SETAR: Kesemua 15 bahagian UMNO Kedah membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negeri akan melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula 15 Oktober ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata langkah itu perlu dilakukan bagi membuktikan kesediaan menghadapi pilihan raya.
Menurut Othman, pelancaran itu akan dilakukan serentak pada mesyuarat bahagian pada 15 dan 16 Oktober ini.
"Kita akan menggunakan platform mesyuarat bahagian-bahagian ini pada 15, 16 hari bulan Oktober ini untuk melancarkan jentera di peringkat bahagian bersama dengan parti komponen.
"Kita telahpun mengarahkan bahagian-bahagian untuk mengambil kesempatan mesyuarat agong perwakilan UMNO bahagian ini untuk kita lancarkan jentera kita," kata Othman.
Othman berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam dekat Jerlun.
Kata Othman lagi, pihaknya kini hanya menunggu penetapan tarikh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebaik pengumuman itu dibuat, jentera akan terus melaksanakan tugas hingga hari mengundi.
Beliau menambah bahawa tahap kesediaan UMNO Kedah kini berada pada kadar seratus peratus.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 13 2022
Othman berkata langkah melancarkan jentera PRU15 di setiap peringkat bahagian itu perlu dilakukan bagi membuktikan kesediaan menghadapi pilihan raya. -Astro AWANI
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Tiada bukti kukuh UMNO Kedah hilang 40 peratus sokongan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menolak andaian yang UMNO Kedah telah kehilangan 40 peratus sokongan daripada akar umbi parti itu.
PRN Kedah: UMNO sudah ada sasaran kerusi - Mahdzir
Mahdzir mengesahkan bahawa parti itu sudah mempunyai sasaran bagi bilangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, akan datang.
PRU15: UMNO Kedah sasar menang 8 kerusi - Othman
UMNO Kedah meletakkan sasaran untuk menang di lapan kerusi Parlimen di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jentera pilihan raya UMNO Kedah dilancar 15, 16 Oktober
Othman berkata langkah itu perlu dilakukan bagi membuktikan kesediaan menghadapi pilihan raya.
Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.
PRU15: Satu Parlimen perlu sumbang sekurang-kurangnya satu kerusi DUN - Othman
BN meletakkan sasaran untuk memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keseluruhan 15 kerusi Parlimen yang ada di Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
PRU15: UMNO Kedah harap kerjasama dengan Pas masih boleh direalisasikan - Othman
UMNO Kedah menzahirkan harapan tinggi agar kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) tidak berakhir dan dapat diteruskan termasuk dalam berhadapan dengan PRU15 kelak.
PRU15: UMNO berkeyakinan tinggi menang di Kedah- Mahdzir
UMNO Kedah mempunyai keyakinan tinggi untuk menang dan merampas semula negeri Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA
Prestasi yang ditunjukkan MCA yang tumpas dalam beberapa siri PRU sebelum ini juga wajar diberikan pertimbangan.
UMNO Kedah sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga tamat penggal
ketetapan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Ismail Sabri yang juga untuk memulihkan ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.